Wednesday, June 2, 2010

Swoosh. Bahang panas terasa semasa angin berlalu kencang. Cuaca terik tengah hari ini bagai tak dapat ditahan lagi.
"Raziq, tolong capai air tu. Panas betul hari ni. Rasa macam nak pengsan."
"Alah, panas sikit ja abang. Takkan macam ni pun tak tahan kut. Macam mana nak jadi hero cam ni."
"Banyak cerita la kau ni. Bak sini air tu. "
Luqman merampas botol dari tangan Raziq yang mengacuh-acuhnya. Adiknya ketawa kecil melihat keletah Luqman yang kelihatan lesu kepanasan.